Khamis, 2 Oktober 2014







Perlindungan Menyeluruh dengan Manfaat Jangka Panjang

Karisma ialah pelan Takaful yang menyediakan perlindungan dan simpanan. Ia juga 
memberikan anda Pembayaran Tunai sehingga 10% daripada jumlah Asas Dilindungi 
yang akan dibayar setiap dua (2) tahun sepanjang tempoh pelan. Dengan perlindungan 
fleksibel untuk Peserta dan Orang Dilindungi, anda boleh memilih tempot perlindungan 
untuk 20 atau 30 tahun.

Manfaat Utama
Manfaat Hidup
Nikmati Pembayaran Tunai tetap sehingga 10% daripada jumlah Asas Dilindungi pada akhir 
setiap dua (2) tahun Sijil sepanjang tempoh Sijil tersebut.
Tahun Sijil
% Jumlah Asas Dilindungi
2 - 10
5%
12 - 20
7.5%
22 onwards
10%

Manfaat Kematian
Sekiranya berlaku kematian terhadap Orang Yang Dilindungi disebabkan faktor semula jadi 
atau akibat kemalangan, Jumlah Dilindungi, Perbelanjaan Pengebumian sebanyak RM1,000, 
berserta nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP), termasuk sebarang keuntungan 
daripada pelaburan dana tersebut (jika ada) akan dibayar sekali gus.

Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)
Sekiranya HUMK berlaku terhadap Orang Dilindungi sebelum usia 65 tahun, Jumlah Dilindungi 
termasuk nilai terkumpul dalam DPP, termasuk sebarang keuntungan daripada pelaburan dana 
tersebut (jika ada) akan dibayar.

Jika Jumlah agregat yang Dilindungi mencapai sehingga RM1 juta, ia akan dibayar sekaligus. 
Jika Jumlah Dilindungi melebihi RM1 juta, makan baki Jumlah dilindungi akan dibayar satu (1) tahun 
selepas pembayaran pertama dilakukan, tertakluk pada terma dan syarat yang dinyatakan dalam 
kontrak Sijil.

Manfaat Matang
Sekiranya Orang Dilindungi masih hidup sehingga akhir tempoh Takaful, nilai terkumpul dalam DPP
 termasuk keuntungan daripada pelaburan dana tersebut dan Dana Pelaburan Peserta (jika ada), 
yang telah diperuntukkan kepada Peserta akan dibayar.

Perlindungan Fleksibel
Lebih fleksibel untuk menambah perlindungan dengan pilihan rider untuk Orang Dilindungi dan Peserta.


Rider untuk Orang Dilindungi
Kematian dan Hilang Upaya Akibat KemalanganManfaat Kematian atau Hilang Upaya Akibat Kemalangan.
Indemniti KemalanganIndemniti kemalangan untuk kematian atau HUMK, Hilang Upaya Separa Kekal (HUSK), Hilang Upaya Menyeluruh Sementara (HUMS) (mingguan), belanja pembedahan dan perubatan. Indemniti berganda tertakluk pada klausa.
Penyakit KritikalManfaat tambahan selepas didiagnosis menghidapi mana-mana 36 jenis Penyakit Kritikal.
Pengecualian Sumbangan untuk Penyakit KritikalSumbangan akan datang dikecualikan selepas didiagnosis menghidapi mana-mana 35 jenis Penyakit Kritikal.
Manfaat Tunai di HospitalManfaat Tunai Harian jika anda dimasukkan ke hospital.
"Medic Save"Pelan Hospital dan Perubatan.
Rider BertempohPerlindungan tambahan akibat Kematian dan HUMK
Kekerapan Tambah NilaiKemudahan untuk menambah nilai pelaburan.
Rider untuk Pesertat
Pengecualian Sumbangan untuk Rider Penyakit Kritikal (Pembayar)Sumbangan akan datang dikecualikan selepas didiagnosis menghidapi mana-mana 35 jenis Penyakit Kritikal.
Pengecualian Sumbangan untuk Kematian dan HUMKSumbangan akan dikecualikan untuk Kematian dan HUMK.
Rider Bertempoh (Pembayar)Perlindungan tambahan akibat Kematian dan HUMK.
Manfaat Pendapatan KeluargaManfaat bertempoh akan dibayar secara tahunan di atas tempoh baki rider.
Ciri-ciri Utama
Umur Layak Penyertaan*Minimum: 14 hari
Maksimum: 55 tahun
Had Umur Peserta/Pemilik Sijil*Minimum: 19 tahun
Maximum: Tiada umur maksimum
Had Umur Matang*Maximum: 85 tahun
Tempoh Yang Ditawarkan20 or 30 tahun
Jumlah DilindungiMinimum: RM 12,500
Maksimum: Tertakluk kepada Penaja Jamin
Sumbangan MinimumTertakluk pada Jumlah Minimum Dilindungi
Kaedah PembayaranBulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan atau Tahunan
*Umur pada hari lahir berikutnya


Asas Kontrak
Pelan ini adalah berasaskan konsep Tabarru', di mana Peserta bersetuju untuk menyumbang (menderma)
jumlah tertentu ke dalam Dana Risiko Pelaburan (DRP)/Dana Tabarru' bagi tujuan membantu antara satu sama
lain di saat memerlukan.
Pelan ini juga mengaplikasikan konsep Wakalah, di mana Peserta melantik Etiqa Takaful Berhad bagi mewakili
pihak Peserta untuk membuat pelaburan dan menguruskan DRP (Tabarru') dan DPP. Bakinya akan diserapkan
ke DRP dan DPP.
Tahun
Sijil
Fi Wakalah sebagai
% daripada Sumbangan
Fi Wakalah
Tetap Tahunan
1
90%
RM 60.00
2
50%
RM 60.00
3
31%
RM 60.00
4
25%
RM 60.00
5
15%
RM 60.00
6
15%
RM 60.00
7 dan seterusnya
5%
RM 60.00
Lebihan dalam DRP akan dibahagikan di antara Anda (50%) dan Etiqa (50%) sebagai Fi Prestasi.
Keuntungan pelaburan dari DPP akan dibahagikan di antara Anda (90%) dan Etiqa (10%) sebagai Fi Insentif.

Nota Penting

Jika Orang Dilindungi membunuh diri semasa waras dalam tempoh setahun dari Tarikh Sijil Dikeluarkan 
atau sebarang Tarikh Pengembalian Semula Sijil, tanggungan kami adalah terhad kepada pembayaran 
balik sumbangan yang telah dibuat atau 60% bayaran daripada Jumlah Dilindungi jika perbuatan 
membunuh diri dilakukan semasa waras, setahun selepas Tarikh Sijil Dikeluarkan atau sebarang Tarikh 
Pengembalian Semula Sijil.
Peserta akan diberi tempoh ihsan selama tiga puluh satu (31) hari dari tarikh akhir sumbangan perlu 
dibuat dan jika sumbangan belum dibayar pada akhir tempoh ihsan. sijil akan dilanjutkan di 
bawah kemudahan sumbangan automatik (ACF-Automatic Contribution Facility). Sijil akan berakhir 
jika jumlah dalam Akaun Peserta tidak mencukupi untuk membayar sumbangan tahunan.
Sijil ini mungkin melayakkan anda untuk mendapat pengecualian cukai peribadi yang bergantung 
kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Anda perlu memahami pelan ini dengan sepenuhnya untuk memastikan keperluan anda 
dapat dipenuhi dengan sebaiknya dan sumbangan yang dibayar di bawah Sijil ini adalah berdasarkan 
kemampuan anda.
Apabila Sijil ditamatkan, matang atau tamat tempoh, semua manfaat di bawah pelan ini akan 
luput. Jika anda menamatkan Sijil pada tahun-tahun awal, anda mungkin akan mendapat kembali 
amaun yang kurang daripada jumlah yang telah anda sumbangkan.
Anda boleh menilai kesesuaian pelan ini dan boleh membatalkan penyertaan anda dalam tempoh lima 
belas (15) hari dari tarikh akhir penghantaran Sijil, yang melayakkan anda menerima pembayaran 
balik sumbangan penuh yang telah dibuat,selepas ditolak sebarang perbelanjaan yang ditanggung untuk 
pemeriksaan kesihatan (jika berkenaan)
Manfaat dan/atau pulangan dari pelaburan di bawah pelan ini akan berdasarkan pada prestasi dana 
yang sebenar dan tidak dijamin.Risiko dana akan ditanggung sepenuhnya oleh peserta dan segala 
manfaat yang diterima mungkin kurang daripada jumlah keseluruhan sumbangan yang dibuat dalam 
Dana Pelaburan Peserta.
Sila pastikan anda merujuk kepada Illustrasi jualan yang berkaitan dengan Sijil yang disediakan kepada anda oleh Etiqa Takaful Berhad.
Risalah ini bertujuan untuk rujukan sahaja dan tidak boleh diambil kira sebagai kontrak atau jemputan untuk mengambil bahagian.Etiqa Takaful Berhad didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia.

Maklumat lanjut sila hubungi Encik.Zul di talian 019-7580067.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan