Jumaat, 3 Oktober 2014



ELITELINK
Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

Nikmati gaya hidup anda dan kefleksibelan untuk perlindungan

Mengecapi gaya hidup dan melakukan sesuatu yang digemari pastinya merupakan saat yang anda hargai. Jika saat ini dapat dinikmati secara berterusan, ia bagaikan impian yang menjadi kenyataan.

Dengan Elitelink, anda bukan hanya boleh memilih rider yang bersesuaian dengan gaya hidup anda, malah dapat mengumpul kekayaan untuk terus menikmati aktiviti yang anda gemari. Secara asasnya, pelan ini menyediakan perlindungan yang fleksibel untuk anda, di samping membuka peluang pelaburan dengan potensi pulangan yang lebih tinggi. Dengan ciri pelan Berkaitan Pelaburan ini, anda mempunyai kefleksibelan untuk melabur dalam mana-mana satu daripada tiga dana yang disediakan untuk menyokong objektif dan tahap risiko pelaburan anda.

Di samping itu, anda bukan hanya dilindungi dengan keperluan perlindungan asas seperti untuk Kematian dan Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh (HUMK), tetapi juga dengan pilihan rider yang komprehensif. Secara ringkasnya, anda mempunyai kefleksibelan untuk memilih tahap perlindungan mengikut gaya hidup anda, dan dalam masa yang sama menerima bimbingan dalam memilih pelaburan yang terbukti memberi manfaat.

Elitelink merupakan pelan Berkaitan Perlaburan Premium Berkala yang bukan sahaja menawarkan perlindungan Kematian dan Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh, ia juga menawarkan elemen pelaburan untuk anda. Untuk perlindungan yang lebih menyeluruh, anda juga boleh memilih untuk mengambil rider tambahan yang sesuai dengan gaya hidup anda.

Manfaat Utama:

  • Perlindungan Asas: Kematian dan Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh

  • Sekiranya berlaku kematian kepada Orang Diinsuranskan, jumlah asas yang diinsuranskan berserta Nilai Dana (FV) ditolak segala keberhutangan akan dibayar secara sekaligus.

    Sekiranya berlaku Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh (sebelum mencapai umur 65 tahun pada hari lahir berikutnya), Nilai Dana akan dibayar secara sekaligus, tanpa mengira jumlahnya. Sekiranya Jumlah Asas Diinsuranskan yang perlu dijelaskan (bagi setiap hayat) adalah sama atau kurang daripada RM1 juta, ia akan dibayar secara sekaligus. Sekiranya Jumlah Diinsuranskan lebih daripada RM1 juta, maka bakinya akan dibayar satu (1) tahun selepas ansuran pertama (1) dibuat tertakluk kepada had maksimum Syarikat bagi setiap had individu.

    Jika Orang Diinsuranskan meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Kekal Menyeluruh sebelum berumur lima (5) tahun pada hari lahir berikutnya, kami akan membayar penuh Jumlah Agregat Diinsuranskan jika jumlah itu tidak melebihi RM200,000. Jika Jumlah Agregat Diinsuranskan melebihi RM200,000, maka kami akan membayar bakinya menurut jadual seperti berikut
    :
    Umur pada Hari Lahir Berikutnya
    Peratusan Jumlah Agregat Diinsuranskan
    1
    20%
    2
    40%
    3
    60%
    4
    80%
    5 dan ke atas
    100%



    • Bonus Kesetiaan

    • Ganjaran sebanyak 6% daripada Nilai Dana atau 3% daripada Premium Tahunan Asal (mana yang terendah) akan diberikan kepada anda pada hujung tahun polisi ke-5, ke-10 dan ke-15 kerana mengekalkan pelan dan membayar premium tepat pada masanya.

    • Tempoh Jaminan Tidak Luput

    • Kami menawarkan Perlindungan Terjamin dalam tiga (3) tahun polisi pertama untuk memastikan status polisi terus berkuatkuasa walaupun Nilai Dana berada pada kadar sifar, dengan syarat premium-premium dibayar tepat pada masanya, tiada Cuti Premium dan tiada pengeluaran separa dari Nilai Dana dibuat dalam tempoh tersebut.

      Maklumat lanjut sila hubungi Encik.Zul di talian 019-7580067.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan